Memetik laporan akhbar The Guardian, keputusan dibuat berikutan kejatuhan pendapatan syarikat itu selain langkah penstrukturan bahagian editorial secara le­bih luas.

Menurutnya, WSJ masih boleh diperoleh di beberapa bandar di AS, namun jangka hayat edisi berkenaan tidak dapat dipastikan sejauh mana kemampuannya untuk bertahan.

“Syarikat induk media terbabit, News Corp. dilaporkan mengalami kerugian sebanyak US$643 juta (RM2.7 bilion) bagi tahun fiskal terkini yang berakhir 30 Jun lalu berbanding keuntungan yang dicatatkan berjumlah US$235 juta (RM993.5 juta) pada tahun sebelumnya.

“Akhbar tersebut mula menerbitkan edisi Asia secara berasingan pada 1976, diikuti edisi Eropah pada 1983. Walaupun mengalami kerugian, langganan secara digital semakin meningkat dan WSJ merancang untuk meng­­galak­kan pelanggan di Asia dan Eropah untuk membaca akhbar itu secara dalam talian. Keuntungan yang mampu dicatatkan menerusi langganan dalam talian menyebabkan penerbitan edisi asing tidak lagi kos efektif,” katanya hari ini.

Menurut laporan itu lagi, ramai wartawan dan editor WSJ meninggalkan syarikat pada tahun lalu kerana sesetengah daripada mereka kecewa dengan liputan mengenai Presiden AS, Do­nald J. Trump.