Jelas Wisma Putra, Allahyarham Mohd. Haziq merupakan antara 50 mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.

Allahyarham adalah anak kepada Mohd. Tarmizi Shuib, yang turut cedera akibat ter­kena tembakan rambang pengganas di masjid tersebut.

Dua lagi rakyat Malaysia yang cedera dalam keganasan itu ialah Muhammad Nazril Hisham dan Rahimi Ahmad.

“Kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd. Haziq. Kerajaan akan membantu proses pengkebumian jenazah Allahyarham.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa akan berangkat ke Christchurch sebagai wakil kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terlibat dalam tregedi tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE