Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perjumpaan yang akan disertai beberapa agensi lain itu dilakukan bagi memberi gambaran jelas tentang perkara tersebut.

“Hubungan Malaysia dan Singapura bukan hanya melibatkan Johor dan republik itu sahaja, malah merangkumi pelbagai agensi lain antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim dan Kementerian Pengangkutan.

“Isu hubungan kedua-dua negara memang melibatkan Johor malah sebelum ini Wisma Putra sentiasa mengadakan mesyuarat yang dihadiri pegawai kanan daripada semua agensi terlibat, cuma tidak diumumkan kepada awam, ia (mesyuarat) proses berterusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelantikan wakil negara ke AICHR di Wisma Putra, di sini hari ini.

Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura semalam memaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) melibatkan Malaysia-Singapuara yang dijadualkan hari ini ditangguhkan dengan mendakwa Osman menceroboh perairan republik itu.

Bagaimanapun Osman menafikan dakwaan berkenaan dan yakin rombongannya masih berada di dalam perairan negara ketika melawat kawasan tersebut. - UTUSAN ONLINE