SARAVANAN SUBRAMANIAM
SARAVANAN SUBRAMANIAM

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan berkata, Saravanan yang juga penerima Anugerah Khas Staf Rail daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Majlis Anugerah Industri Oktober lalu, mengatasi empat pencalonan lain dalam senarai akhir kategori Pujian Awam untuk Anugerah PEARL atau 'Prasarana Employee Appreciation and Recognition for Life' pada majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Jumaat lepas.

Sementara itu, pasukan yang bertanggungjawab menghasilkan program khas 'Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) Hiring & Webinar Cloud Hosting' untuk urusan pengambilan dan pengurusan staf secara dalam talian telah terpilih menerima anugerah kategori Pematuhan Nilai-Nilai Murni Prasarana.

Lapan anggota berkenaan ialah Nurul Haszeli Ahmad, Mohd Nizar Abd Azik, Hazrul Nizzam Sidek, Mohd Abdul Hanan, Suhaimi Maidin, Anuar Mustafa, Muhammad Nor Hafiz Yaacob, Shek Mohd Fahmi dan Allahyarham Amiza Abdul Aziz yang meninggal dunia ketika bertugas di Makkah menjelang bermulanya operasi MMMSL tahun ini.

Mengimbas kembali insiden pada Mac 2016 itu, Saravan berkata, beliau yang sedang memandu tren MRT Bangkok Purple Line, yang ketika itu dalam tempoh Pengujian dan Pentauliahan atau 'Testing & Commissioning' sebelum digunakan untuk perkhidmatan, segera memberhentikan tren untuk pemeriksaan lanjut sebaik sahaja merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada pergerakan tren.

Tindakan pantas beliau itu telah menyelamatkan tren tersebut daripada tergelincir dari landasan kerana tren itu sememangnya mempunyai masalah teknikal.

Pada Malam Penghargaan Prasarana yang diadakan buat julung kali itu, Prasarana turut memberi penghargaan kepada pesara dan pemenang pelbagai pertandingan inovasi 'Innovative & Creative Circle', yang diadakan di dalam dan luar negara. - BERNAMA