Penerjun Malaysia, Wendy Ng berjaya menempatkan diri di pusingan akhir 3m papan anjal individu wanita selepas menampilkan aksi cemerlang dalam saingan separuh akhir yang berlangsung di Puat Akuatik Maria Lenk, awal pagi tadi.-AGENSI

Dalam saingan yang berlangsung di Pusat Akuatik Maria Lenk, Wendy yang beraksi buat kali kedua di temasya itu selepas London 2012 mengumpul 324.75 mata bersama wakil Amerika Syarikat, Abigail Johnston selepas melakukan lima terjunan.

Seperti biasa, saingan separuh akhir dikuasai atlet China Shi Tingmao dengan 385 mata, diikuti rakan sepasukan, He Zi (364.05 mata) dan ketiga penerjun Kanada, Jennifer Abel (343.45).

Wendy bersama 11 lagi penerjun yang layak ke final akan berentap menentukan pemenang pingat awal pagi esok.-UTUSAN