Syarikat pengangkut negara berkata, semua penerbangan ke ibu negara akan dihentikan pada 2.45 petang waktu tempatan ketika badan kaji cuaca mengeluarkan amaran cuaca buruk dan hujan lebat dengan angin kencang sehingga 150 kilometer sejam.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern memberitahu pemberita di Parlimen bahawa pasuka tentera telah dikerahkan ke kawasan-kawasan yang bakal berdepan bencana dan pejabat Pertahanan Awam negara di Wellington sedang bersedia untuk membantu operasi menyelamat bersama pihak berkuasa tempatan. -AFP