slug:prk_sidang akhbar WCIT 2018KUALA KANGSAR, 27 Jun, 2018 -TIMBALAN
Wan Sabri Wan Yusof

Bertemakan Securing the Future, persidangan berlangsung selama tiga hari di [email protected] bermula 16 Julai ini, akan dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang turut berkenan menyampaikan ucaptama diraja.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar USAS, Prof. Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof berkata, antara tokoh pembentang yang dijemput termasuklah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Profesor Agama, Hubungan Antarabangsa dan Pengajian Islam dari Georgetown University, Amerika Syarikat iaitu John Louis Espocito.

“Selain itu, kita juga mempunyai sesi pembentangan ber­sama Menteri Pendidikan yang baharu, Dr. Maszlee Malik; Pengasas Pengarah Institut Madina Amerika Syarikat, Shaykh Muhammad Yahya Al-Ninowy serta Ismail Serageldin yang juga dikatakan sebagai lelaki paling pintar di Mesir.

“Kita turut menampilkan Timbalan Perdana Menteri Uganda Kedua, Kirunda Kevejinja serta Duta Besar Turki Ke Malaysia, Merve Kavakci yang pernah diusir dari Parlimen kerana bertudung pada tahun 1999 serta anak perempuan kepada Presiden Indonesia, Allahyarham Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur iaitu Yenny Wahid sebagai Pengarah The Wahid Institute,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di USAS di sini baru-baru ini.

WCIT 2018 yang menyasarkan penyertaaan sehingga 1,200 de­legasi, membawakan lima subtema untuk dibincangkan iaitu hal ehwal ekonomi, kesihatan dan alam sekitar; bahasa budaya agama; kemanusiaan, keselamatan dan kesenian serta kepe­mimpinan pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Wan Sabri berkata, pemilihan tema Securing the Future pada WCIT 2018 adalah bagi meneruskan ke­si­nambungan gagasan dunia masa hadapan yang diimpikan.

Beliau berkata, ia selari dengan tema-tema WCIT terdahulu iaitu Future World (2016) dan Global Peace (2017) yang antara lain meletakkan panduan apa yang ingin dicapai oleh dunia Islam pada masa hadapan termasuk keamanan global.

“Oleh itu, kita bukan sahaja mempunyai forum dan pembentangan khas, tetapi juga sesi paralel iaitu pembentangan kertas akademik. Pada tahun ini juga, kita menampilkan persembahan seni membabitkan para penggiat seni tanah air dan antarabangsa.

“Sesi interaksi hubungan antara agama juga diadakan me­libatkan para pembentang seperti Presiden Sokka Gakai International - Malaysia Chapter, Michael Kok Fook On dan Duta Vatican ke Malaysia, Joseph Salvador Marino,” katanya.

Tambah Wan Sabri, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azu­mu turut berbesar hati untuk menganjurkan majlis makan malam bersama para delegasi di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada hari kedua selain bakal menyempurnakan majlis Penutupan Persidangan WCIT 2018 pada hari terakhir.

“Selepas tamat persidangan, USAS juga menganjurkan majlis makan malam amal di [email protected] bagi mengumpul dana Waqaf Pembangunan USAS dengan kerjasama All Women Expedition to Antarctica (AWETA)," katanya.

Sehubungan itu katanya, ma­na-mana pihak yang berminat, tidak kira ahli akademik, pentadbir, pemain industri, ahli profesional, pelajar mahupun penggiat seni yang ingin menyer­tai WCIT 2018, boleh menghubungi sekretariat di talian 05-7732333 atau +60112-20580258.

Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan menerusi e-mel kepada [email protected] atau melayari laman sesawang www.wcit.my atau Facebook - WCIT2018 dan YouTube: WCITMEDIA USAS