Dua anugerah tersebut diterima oleh pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WBG, Datuk Mohd. Rizal Mohd. Jaafar.

Masing-masing menerima anugerah Pemimpin Berwawasan Global 2018 dan Anugerah Master Class CEO 2018 atas inisiatif mereka sebagai pemangkin dalam bidang keusahawanan serta pencetus dalam pertumbuhan ekonomi.

MEBLA dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Kepimpinan Amerika (ALDA) dan disokong oleh 'The Leaders International' sebuah majalah perniagaan yang berpusat di Malaysia. - UTUSAN ONLINE