Guru Besarnya, Che Sazali Che Ibrahim berkata, atas nama cintakan negara dan semangat patriotisme, beliau telah menggabungkan ilhamnya bersama beberapa guru lain untuk membuat wau setinggi 9 meter dan 7.3 meter lebar itu.

 

“Pada mulanya kami berhadapan cabaran ketika proses membuat wau tersebut, namun dengan kerjasama yang baik antara guru dan murid, ianya berjaya disiapkan dalam tempoh sebulan.

“Wau ini agak unik kerana menggunakan pukat terpakai dan diikat dengan kerangka, kemudian dicat mengikut corak bendera Malaysia,” katanya selepas Majlis Perasmian Hari Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Seramai 61 murid diperlukan untuk mengusung wau tersebut dan dipamerkan di perkarangan perhimpunan sekolah berkenaan.

“Wau menjadi pilihan kerana ini adalah salah satu ‘imej’ negeri Kelantan, jadi kami gabungkan dua elemen ini iaitu Jalur Gemilang dan wau dalam menzahirkan rasa cintakan tanah air pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini”, tambahnya. - UTUSAN ONLINE