Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Seremban Prima, Noor Fadzli Shah berkata, acara yang di­sasarkan untuk kanak-kanak ba­wah umur 14 tahun itu menampilkan tema berdasarkan siri animasi televisyen, Regal Academy.

Menurutnya, sebanyak lima watak dalam siri itu ditampilkan sebagai tarikan kepada kanak-kanak untuk mengunjungi pusat beli belah tersebut.

“Beberapa acara menarik disusun mulai hari ini hingga 25 Di­sember ini seperti pertandingan mewarna, demonstrasi membuat biskut, penampilan watak Santa Claus dan persembahan cerita kanak-kanak.

“Acara ini dianjurkan bagi mengisi masa lapang kanak-kanak sempena cuti sekolah selain memeriahkan sambutan Krismas, hujung bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran acara tersebut di sini, hari ini.

Seramai 80 kanak-kanak daripada dua pertubuhan kebajikan kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan untuk mereka sempena majlis pelancaran berkenaan.

Noor Fadzli menambah, pihaknya berharap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dalam acara itu dapat memberi keseronokan kepada kanak-kanak yang berkunjung ke situ.