HAMIM SAMURI
HAMIM SAMURI

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Dr. Hamim Samuri berkata, hal demikian ini kerana bencana banjir sukar diramal dengan tepat kerana taburan hujan yang sentiasa berubah tahun ini.

“Persediaan awal sangat penting kerana sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko nyawa yang terkorban, kemusnahan harta benda serta meminimumkan kos operasi menyelamat semasa bencana.

“Melalui kementerian ini juga, kita boleh memberi makluman awal dengan kepakaran yang kita miliki kepada jabatan yang berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang terlibat secara langsung semasa bencana berlaku,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Teknologi Geomatik dan Geospatial 2017.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan, Datuk Mohd. Noor Isa serta Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan, Dr. Azhari Mohamed. - UTUSAN ONLINE