Timbalan Pengetua, Roslan Awang Ali berkata, setakat ini pihaknya tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau individu untuk mendapatkan sumbangan kewangan .


Katanya, dia turut berharap orang ramai lebih berhati-hati supaya wang yang disumbangkan tidak diseleweng oleh pihak terbabit.


“Kita terima aduan ada pihak yang ketuk pintu dari rumah ke rumah untuk memohon sumbangan dan tidak pasti adakah mereka benar-benar mahu menolong atau sebaliknya.


“Jika diseleweng ia merupakan satu perbuatan yang tidak wajar,” katanya ketika ditemui disini hari ini.-UTUSAN ONLINE