Anugerah tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepadanya yang mengupas isu berkaitan penyakit HIV dan AIDS sejak awal tahun 2000 termasuk dalam kalangan wanita dan kanak-kanak menerusi berita serta rencana tulisannya dalam Utusan Malaysia.

Selain itu, penulisan Rosmah turut tertumpu kepada nasib golongan tinggal di belakang Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur di samping laporan mengenai HIV dan penggunaan dadah dalam kalangan nelayan di pantai timur Malaysia melayakkan beliau menerima anugerah ini.

“Terima kasih kepada Yayasan Aids Malaysia kerana memberi penganugerahan ini kepada saya sekali gus memberi penghargaan terhadap akhbar Utusan Malaysia,” kata Rosmah ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Media Riben Merah Khas di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE