Rabiatul Adawiyah Kok Abdullah membawa pulang wang tunai RM500 dan sijil penghargaan menerusi artikel bertajuk Ketahui Ancaman Influenza.

Manakala Anugerah Wartawan Kesihatan Terbaik bagi kategori akhbar Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina pula dimenangi wartawan Osman Lisut, Halina Mohd. Noor, Ilah Hafiz Aziz (Berita Harian), P. Sarala Devi (Tamil Nelsan); Tan Siew Ling (Nanyang Siang Pau) dan Farah Naz Karim, Aliza Shah (New Staits Times).

Bagi Anugerah Foto Terbaik pula dimenangi Mohammad Azman Abdul Ghani dari The Star yang merupakan pencalonan tunggal bagi kategori berkenaan.

Sementara itu, kategori Promo Radio dan Televisyen Terbaik diungguli Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Suliana Mohd. Saffuan (RTM Negeri Sembilan) dan Nur Azwa Prachuappuapan Abdullah (RTM Angkasapuri).

Kesemua hadiah disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya. - UTUSAN ONLINE