Buat masa ini beberapa wakil rakyat kesemua tiga parti yang menang dalam PRU-14 iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional (BN) dan Pas telah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Antaranya Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir namun beliau dilihat sudah meninggalkan Istana Kinta.

Setakat ini belum ada keputusan rasmi parti mana yang akan membentuk kerajaan negeri setelah tiada parti yang memperoleh majoriti mudah iaitu Pakatan Harapan 29, BN 27dan Pas tiga.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kamgsar pada  pukul 5 petang ini. - UTUSAN ONLINE