Ketua Perhubungan Kurator IAMM, Heba Nayel Barakat berkata, pihaknya akan memulakan proses rundingan untuk meng­adakan pameran tersebut dan menjangkakan hasilnya dapat dilihat dalam tempoh dua tahun lagi.

Menurutnya, pameran tersebut akan memperkenalkan kepelbagaian seni dan kraf tempatan yang ada di setiap negeri.

“Sebagai contoh, kami mahu menonjolkan seni songket dan bagaimana ia diperbuat. Mungkin boleh diadakan bengkel (membuat songket) dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis menandatangani MoU berkenaan dan lawatan Presiden Perancis, Francois Hollande ke IAMM di sini, hari ini.

MoU tersebut ditandatangani oleh Barakat dan Presiden Institusi Awam Guimet, Dr. Sophie Makariou.

Hollande bersama delegasinya yang dalam lawatan kerja dua hari di negara ini meluangkan masa kira-kira sejam melawat muzium itu.

Barakat menambah, MoU ter­babit membuka peluang usaha sama bagi kedua-dua negara serta perkongsian pengetahuan dan pem­bangunan sumber manusia.

Jelasnya, IAMM juga akan menghantar kakitangannya untuk mendapatkan latihan di Gui­met yang terletak di Paris dan pada masa menerima wakil mereka ke negara ini.

“Pertukaran ini adalah bagi membolehkan mereka belajar dan mengetahui lebih mendalam mengenai Asia Tenggara dan dunia Melayu,” ujarnya.