Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Warisan Melayu akan lenyap

Sesuatu perlu dilakukan, elak nasib menimpa tulisan jawi berulang

Rais YATIM memegang keratan akhbar berkenaan laporan Melayu dan
Rais YATIM memegang keratan akhbar berkenaan laporan Melayu dan Jawi ketika merasmikan pameran Rehlaat: Kembara Jawi di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Mac - Sebahagian besar daripada budaya orang Melayu yang selama ini menjadi lambang jati diri kaum pribumi itu dijangka lenyap dalam tempoh satu dekad akan datang jika warisan berkenaan tidak dijaga dengan baik.

Penasihat Sosio budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan senario semasa masyarakat Melayu sebagaimana terkuburnya tulisan jawi dalam makalah serta penulisan akhbar di negara ini.

Tegasnya, hal tersebut telah dan bakal terjadi kerana sikap orang Melayu itu sendiri yang tidak mengambil peduli tentang kepentingan warisan, meskipun Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan sudah memaktubkan kaitan antara Melayu dengan budaya.

“Saya tidak takut untuk menyatakan bahawa dalam tempoh satu dekad jika tidak dilakukan sesuatu untuk membangkitkan semula kesedaran masyarakat, sebahagian besar budaya yang menjadi identiti Melayu akan hilang kerana sikap kita sendiri.

“Lihat sahaja bahasa kita, masyarakat lebih gemar mengguna bahasa luar dalam pertuturan, sedangkan banyak tutur bahasa Melayu yang lebih baik. Kita akan kerugian besar,” katanya selepas merasmikan Pameran Seni Khat Islam di sini hari ini.

Pameran anjuran Persatuan Khat Nasional tersebut yang bertemakan “Rehlaat: Kembara Jawi” telah berlangsung di Pusat Pelancongan Negara (Matic) sejak Isnin lalu dan akan berakhir hujung bulan ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Rais berkata, pihaknya dengan kerjasama Persatuan Khat Nasional akan menerbitkan cerpen, artikel serta novel ringan dalam tulisan jawi bagi menghidupkan kembali minat orang ramai terhadap warisan bangsa itu.

Katanya, meskipun menyedari cabaran yang bakal dihadapi tidak mudah terutamanya untuk menarik minat orang ramai membeli makalah bertulisan jawi tetapi beliau optimis menerusi promosi mencukupi, sedikit demi sedikit rakyat akan kembali ke tulisan jawi.

“Lima tahun pertama mungkin tidak akan memberi pulangan modal kepada penerbitan makalah berkenaan sebab orang Melayu sudah terlalu lama dibuai sistem rumi, tetapi kita mesti bangkitkan kesedaran dengan membudayakan kembali jawi kepada masyarakat.

“Semua ini adalah usaha tambahan kepada apa yang telah dilakukan Kementerian Pendidikan, kerana pada saya program sedia ada dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan tulisan jawi masih sedikit dan perlu diperluaskan lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain