Pintu pagar institut itu dikawal ketat oleh Polis Bantuan Hospital dan anggota keselamatan yang lain bagi mengawal keadaan.

Proses pengecaman dan pengesahan DNA dijangka selesai pukul 3 petang ini. Jenazah mangsa dijadual disembahyangkan di masjid berhampiran sebelum dihantar ke lokasi terpilih untuk pengebumian.

Sebanyak 10 buah van jenazah pertama yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah tiba di pekarangan IPFN untuk membawa jenazah ke pusat pengkebumian, bagaimanapun pihak pengurusan van itu masih belum mendapat makluman waktu sebenar jenazah akan dibawa keluar dari institut itu. - UTUSAN ONLINE