ROHIDAH MOHAMAD bersama arwah Muhammad Firdauz Danish Mohd. Azahar

Malah, mereka percaya siasatan itu juga akan memberi keadilan kepada semua yang terlibat dalam insiden malang berkenaan.

Seorang waris, Rohidah Mohamad, 45, mengakui keluarganya masih setia menunggu keputusan hasil siasatan yang dibuat polis berhubung kes berkenaan dan menolak untuk mendengar sebarang khabar angin mengenainya.

Menurutnya, mereka sudah dimaklumkan tentang perkembang­an siasatan insiden yang meragut nyawa anak keempatnya daripada enam beradik, Muhammad Firdauz Danish Mohd. Azahar, 16.

“Kami sekeluarga sedang menunggu keputusan dan masih menunggu, malah saya sudah dimaklumkan bahawa siasatan kes itu akan mengambil masa. Saya dan keluarga akan sentiasa berfikiran positif mengenainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas suspek yang terlibat dalam kemalangan itu bagi memastikan keadilan terhadap mangsa dite­gakkan.

Beliau menjelaskan, orang ramai perlu faham mengenai tempoh yang diperlukan bagi melengkapkan penyiasatan kerana kes berkenaan turut melibatkan beberapa agensi lain, antaranya Jabatan Kimia, Pusat Pemeriksaan Kereta Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).