Antara yang kelihatan adalah sepupu kepada tiga beradik yang turut terkorban, Muhammad Hafiz Iskandar Mohd Sulaiman,11, Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10 dan Muhammad Syafiq Haikal Mohd Sulaiman,13, iaitu Mas Aliza Ali Bapoo, 22.

Dia yang merupakan pelajar di Kolej Taylor memberitahu, banyak perubahan pelik terhadap tiga sepupunya ketika mereka bercuti pada sambutan Aidiladha baru-baru ini.

“Namun kami menyangka itu perkara biasa kerana ketiga-tiga mereka penat.

“Biasa habis cuti mereka akan sedih untuk meninggal rumah kerana mahu pulang ke asrama, tetapi baru-baru ini mereka kelihatan teruja untuk pulang ke asrama seolah-olah tahu mereka akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di kawasan perkuburan.

Katanya, sehingga kini ibu saudaranya Mashawani Muhamad 37, masih lemah dan tidak dapat menerima hakikat tiga anaknya dijemput Illahi. ONLINE