Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kebenaran itu diberikan ketika pihaknya bertemu waris mangsa tetapi mengelak untuk mendedahkan bila dan di mana pertemuan tersebut berlangsung.

“Mereka telah benarkan kerajaan Malaysia untuk uruskan mayat dan keputusan selanjut (bagaimana mayat itu akan diuruskan) bergantung kepada kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.