Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya kini sedang giat mengumpulkan maklumat-maklumat berkenaan bagi menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, pengumpulan idea dan pandangan tersebut dibuat secara umum dan tidak ada jawatankuasa khas ditubuhkan, sebaliknya guru-guru yang mempunyai idea boleh mengemukakan sama ada emel atau pernyataan bertulis.

“Maksudnya, mereka boleh bagi pandangan sebab ada guru yang berada 25 tahun di sekolah, dia boleh nampak apa sebenarnya benda yang ada di sekolah itu dan misalnya kalau perlu diubah perkara-perkara tertentu serta kalau tak diubah apa implikasinya.

“Malah, mereka pun tahu sebenarnya macam mana nak membina sebuah identiti yang lebih lengkap tak kira sama ada guru itu (berkhidmat) di bandar

dan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Guru Pembina Negara Bangsa Parlimen Bakri, Muar, Ledang dan Pagoh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE