Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Warga emas buta huruf gembira terima BR1M

KEPALA BATAS 5 Mac – Seorang warga emas, Goh Kim Seng gembira kerana wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM400 yang diterimanya dapat digunakan untuk membaiki basikalnya yang rosak.

Goh Kim Seng

Kim Seng, 74, berkata, sejak seminggu lalu basikal berkenaan yang digunakan untuk ke tempat kerja di Bertam rosak menyebabkan dia terpaksa berjalan kaki.

Dia yang bekerja sebagai pe­ngawal keselamatan berkata, terpaksa ba­ngun awal hari ini untuk berjalan ke Sekolah Menengah Ke­bangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi, tempat penyerahan BR1M yang terletak kira-kira enam kilometer (km) dari rumahnya sebelum dibantu oleh seorang rakan.

“Saya bukan orang senang, duit ini boleh digunakan untuk membeli beras dan membaiki basikal. Terima kasih kepada rakan yang bawa ke sini kerana saya tidak tahu di mana untuk mengambil BR1M walaupun menerima surat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan bantuan tersebut di sini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain