Wanita UMNO Paya Besar ucap takziah pemergian Abdul Manan
Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman

Beliau berkata, pihaknya amat berdukacita dengan kehilangan seorang bapa dan pemimpin yang selama ini mengepalai Paya Besar selaku Ketua dan juga Ahli Parlimen selama dua penggal.

“Kami baru sahaja mendapat persetujuan daripada Allahyarham untuk merasmikan program bersama pengundi anjuran Pergerakan Wanita dalam masa terdekat tetapi nampaknya tidak kesampaian.

“Sebagai manusia dan makhluk yang kerdil, kita hanya boleh merancang, tetapi Allah yang menentukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, seluruh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Paya Besar mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

“Diminta sahabat-sahabat dan semua yang mengenali Allahyarham untuk sama-sama sedekah Al-Fatihah agar semua urusan dipermudahkan,” ujarnya.

Abdul Manan yang juga bekas Setiausaha Sulit Najib dari tahun 1986 hingga 2004, meninggal dunia kira-kira jam 6.45 petang semalam, selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Taman Melawati, di sini. - UTUSAN ONLINE