Mangsa, Fauzidah Ahmad, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta jenis Perodua Kancil maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, wanita terbabit tercampak setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang lelaki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Katanya, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.28 malam.

“Semasa bomba tiba di lokasi kejadian, didapati pemandu kenderaan itu telah pun dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seorang lagi mangsa yang tercampak keluar dari kenderaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE