Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wanita kejar kerjaya, lelaki tidak kukuh kewangan

KUALA LUMPUR 3 Julai – Wanita terlalu mengejar kerjaya dan lelaki yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh adalah sebab yang sering diberikan oleh individu masih lagi belum mendirikan rumah tangga.

Ketua Pegawai Eksekutif Halal Speed Dating, Zuhri Yuhyi berkata, itu adalah antara faktor utama yang diberikan oleh kebanyakan wanita dan lelaki dalam soal selidik ketika me­nyertai program mencari pasangan mengikut landasan patuh syariah, Halal Speed Dating yang diperkenalkan olehnya pada tahun 2015.

Katanya lagi, prospek kerjaya yang menuntut seseorang individu untuk bekerja lebih masa juga mendorong lelaki dan wanita sukar untuk bertemu dengan jodoh yang sesuai.

“Kami menerima banyak permohonan setiap sesi program yang dianjurkan pada hujung minggu. Lebih mengejutkan, mereka yang mendaftar adalah daripada golongan profesional dan terlibat dalam kerjaya yang memerlukan komitmen yang tinggi seperti wartawan, pramugari, doktor, pakar bedah, jururawat, akauntan dan peguam yang banyak menghabiskan masa di tempat kerja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zuhri berkata, mengikut data yang diperoleh daripada 9,000 permohonan sejak ditubuhkan kira-kira tiga tahun lalu, individu daripada Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan pa­ling tinggi, diikuti oleh Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain