Allahyarham yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-121 pada 12 April lalu meninggal dunia di sisi dua anak dan seorang cucunya.

Cucunya, Zaini Noh, 44, berkata, neneknya itu meninggal dunia akibat sakit tua selepas tidak dapat bergerak dan kurang selera makan sejak dua minggu lalu.

“Sebelum jatuh sakit, nenek masih boleh berjalan dan menguruskan diri sendiri. Malah, dia begitu berselera menjamah nasi berlaukan kari kepala ikan yang merupakan makanan kegemarannya sebelum sakit tua,” katanya di sini hari ini.

Wanita yang dipercayai hidup pada abad ke-19 itu mempunyai empat anak yang berusia antara 65 hingga 90 tahun, 19 cucu, 60 cicit dan seorang piut.

Jenazah Puan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu Empat, Kampung Bendahara di sini.

Pada 2012, kisah warga emas yang dilahirkan pada 1896 itu pernah menjadi perhatian ramai selepas nombor kad pengenalannya menunjukkan Puan berusia 16 tahun sedangkan pada ketika itu,  dia sudah berumur 116 tahun.