Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suriani Datuk Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Yatimah Sarjiman dengan diiringi oleh 12 paluan gendang Cina.

Yang turut hadir ke majlis bertemakan ‘Wanita Gemilang! Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim serta Naib Presiden Limkokwing University of Creative Technology, Datuk Tiffanee Marie Lim dan Datuk Abdul Aziz Harun.

Turut hadir duta-duta besar dan perwakilan asing termasuklah dari Amerika Syarikat dan Iran.