Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cadangan praktikal jaga hartanah orang Melayu

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi menebus semula tanah rizab Melayu yang telah tergadai wajar dikaji oleh setiap majlis agama Islam negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar wang zakat digunakan untuk menebus semula tanah berkenaan merupakan cadangan yang amat baik.

“Satu cadangan yang amat praktikal dalam menjaga hartanah orang Melayu, tetapi kita perlu ingat bahawa hak zakat dan baitulmal adalah termaktub di bawah hak kerajaan negeri.

“Jadi, cadangan tersebut wajar diperhalusi atau dikaji oleh majlis agama Islam negeri,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Harussani yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini supaya wang zakat digunakan untuk menebus semula tanah rizab Melayu yang telah tergadai agar keluasannya tidak berkurangan.

Menurut Harussani, walaupun wang zakat tidak boleh digunakan bagi tujuan selain daripada membantu golongan asnaf yang layak, dalam keadaan sekarang wang zakat boleh digunakan.

“Tanah orang Melayu yang ditebus menggunakan wang zakat ini boleh dimajukan dan kemudiannya diserahkan kepada fakir miskin yang layak,” katanya.

Harussani mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang mendedahkan hanya tinggal 3.6 juta hektar atau 20 peratus daripada 12.8 juta hektar keseluruhan tanah rizab Melayu di Semenanjung dimiliki penuh oleh orang Melayu.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya bersedia mengkaji cadangan tersebut sama ada boleh dilaksanakan untuk membantu menjaga tanah orang Melayu yang telah tergadai.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain