Mereka masing-masing membawa pulang wang berjumlah RM3,000, trofi dan sijil penghargaan dalam Majlis Penganugerahan ABN dan Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadan 2018 di sini.

Johan Anugerah Belia Negeri Kategori Pertubuhan pula dimenangi Persatuan Belia Dinamik Barat yang membawa pulang trofi, sijil dan wang RM10,000 manakala naib johan milik Pertubuhan Belia Hindu Port Dickson yang meraih trofi, sijil dan wang RM5,000.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Zurihanmi Zakariya.

Aminuddin dalam ucapannya berkata, golongan belia perlu memaksimumkan kemahiran dan potensi diri agar mampu bersaing sekali gus berupaya membentuk negara yang lebih hebat pada masa depan.

Ujarnya, belia adalah tonggak utama dan potensi negara dapat dilonjakkan sekiranya golongan belia mampu menimba ilmu dan menjadi pekerja mahir yang menyumbang kepada kemajuan negara. - UTUSAN ONLINE