Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai D.J Dave berkata, keadaan pelakon tersebut kian stabil dan ceria ketika ditemui.

“Kami dapat tahu dia akan ke­luar dari hospital hari ini, dia nampak semakin sembuh dan nampak sudah boleh ketawa, sebelum ini pun dia memang seorang yang kelakar.

“Sebagai rakan, kita rasa sedih apabila dapat tahu dia dimasukkan ke hospital, sebab itu kami datang untuk ziarah, ini perkara biasa yang YA1M lakukan apabila ada artis yang sakit dan yang kurang bernasib baik, sedaya upaya kami cuba membantu mereka.

“Selain sedikit sumbangan, kami di Yayasan juga memberikan kata-kata semangat supaya mereka dapat kuatkan azam untuk segera sembuh,” katanya ketika ditemui di Hospital Jasin di sini hari ini.

Turut melawat pelakon ve­teran itu ialah penyanyi, Datuk A. Rahman Hassan dan isteri, Datin Fadilah Mansor serta Pengarah Urusan YA1M, Lisza Abd. Kadir.