Timbalan Men­te­ri Sumber Ma­nu­­sia, Datuk Se­ri Ismail Abd. Mut­­talib berkata, perlindungan itu akan memberi man­faat kepada le­bih 73,000 pemandu ke­­reta sewa persen­dirian serta 35,000 pemandu Uber dan GrabCar yang aktif ketika ini.

“Melalui Skim Bencana Pekerja (EIS) mewajibkan pemandu men­carum sebanyak 1.25 peratus da­ri­pada jumlah pendapatan bu­lanan. Dewan Negara semalam me­lu­lus­kan Rang Undang-Undang Ke­se­lamatan Sosial Pekerjaan Sen­diri 2017 sekali gus akan lebih mewarnai kehidupan pemandu teksi.

“Skim tersebut akan berkuat kua­sa pada 1 Jun ini dengan pe­mandu yang berdaftar dengan Su­ruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) layak menyertai skim insurans dikelolakan Per­keso,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ke­pa­­da pemberita selepas me­nyam­paikan bantuan kepada mang­sa banjir di ka­wasan Dewan Un­­dangan Negeri (DUN) Chenor di Se­ko­lah Ke­bangsaan Chenor di si­ni hari ini.

Menurut Is­mail, ke­­­rajaan mem­perun­tukkan sebanyak RM60 ju­ta sebagai da­na per­mulaan ba­gi me­lak­sanakan skim in­surans persendirian itu yang bakal mem­beri faedah kepada pe­man­du ke­reta sewa yang mencarum.

“Skim berkenaan akan diper­luas bukan sahaja kepada yang be­kerja sendiri sebagai pemandu tetapi kepada sektor lain termasuk petani, peniaga dan peladang.

“Statistik menunjukkan se­ba­nyak 2.48 juta rakyat di negara ini dikenal pasti bekerja sendiri dan layak memiliki insurans tersebut,” jelasnya.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Ma­ran berkata, skim tersebut me­rupakan inisiatif kerajaan un­tuk memberikan perlindungan ke­se­lamatan sosial kepada rakyat.