Akhbar kompak edisi pertama Mingguan Malaysia diperkenalkan oleh Ketua Biro Utusan Malaysia Kelantan, Azran Fitri Rahim kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Lebih istimewa apabila edisi hari ini turut memaparkan gambar Abdul Hadi bersalaman dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa perasmian muktamar semalam.

Ahmad Samsuri ketika ditemui berkata, perubahan akhbar itu disifatkan praktikal seiring dengan perubahan zaman.

"Tahniah Utusan Malaysia untuk saiz yang kecil, lebih selesa  mudah untuk dibaca," katanya. - UTUSAN ONLINE