Pengarah Urusan Volvo Malaysia Sdn. Bhd., Mats Nilsson berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka bagi membantu dari segi sosial dengan memakmurkan komuniti.



Katanya, projek pembinaan itu telah dimulakan pada Julai tahun lalu dan disiapkan pada Disember.



“Objektif utama kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.



“Kami amal komited dalam memberi sokongan dari segi produk kesihatan dan keselamatan yang selari dengan nilai-nilai utama Volvo iaitu kualiti, keselamatan dan penjagaan alam sekitar,” katanya pada Majlis Penyerahan Rasmi Projek Volvo Trucks di Rumah Panjang Bario Asal Lembaa baru-baru ini.



Yang turut hadir, Duta Sweden ke Malaysia, Dag Juhlin-Dannfelt, Pengarah Urusan CM Global Sdn. Bhd., Datuk Ngeing Ping Wei dan Ketua Kaum Bario Asal Lembaa, Laju [email protected] Lemulun.



Mengulas lanjut, beliau berkata, projek itu diharap bukan sahaja meningkatkan keselamatan penduduk setempat malah membantu menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan berkaitan pelancongan kepada komuniti.



“Secara tidak langsung, ia akan menaik taraf kehidupan komuniti Bario dengan menyediakan sumber pendapatan yang mampu mengurangkan perpindahan keluar golongan muda mereka.



“Harapan Volvo Trucks untuk
jangka masa panjang agar projek itu dapat terus melestarikan komuniti dan kebudayaannya masyarakat di sini,” jelasnya.



Sementara itu, Juhlin-Dannfelt yang pertama kali ke Bario, Sarawak berasa bangga dapat turut serta dalam usaha murni dilakukan sebuah syarikat global pengeluar kenderaan komersial terbesar di dunia dari Sweden itu.



“Meskipun Kumpulan Volvo merupakan entiti komersil namun apa yang penting cara mereka membuat keuntungan disamping melabur kembali kepada komuniti.



“Terima kasih kepada Volvo Trucks atas inisiatif yang mapan ini,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE