Menurut Sirul Azhar, 46, dia berkemungkinan besar akan berdepan dengan hukuman mati sekiranya permohonan itu ti­dak diluluskan.

Lapor Straits Times, peguam kepada Sirul Azhar membuat rayuan berkenaan selepas Ja­ba­tan Imigresen dan Perlindungan Sempadan negara itu bersedia untuk menolak permohonannya kerana dia telah melakukan jenayah bukan politik yang serius sebelum memasuki Australia.

Pada 2009, Sirul Azhar dan seorang lagi bekas pegawai UTK, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman kerana membunuh Altantuya 11 tahun lalu.

Sirul Azhar bagaimanapun melarikan diri ke Brisbane pada Oktober 2014 ketika mahkamah mempertimbangkan semula ke­pu­tusan ke atasnya, bergantung kepada rayuan.

Dia kemudian dijatuhkan hukuman mati pada 2015 namun tidak hadir ke mahkamah dan beberapa hari selepas itu, Sirul Azhar ditahan oleh pihak imig­resen Australia kerana masalah visa.

Di bawah undang-undang Aus­tralia, kerajaan negara itu diwajibkan memberi visa perlin­dungan apabila pemohon me­langgar hak asasi manusia yang serius atau apabila dirinya berisiko tinggi untuk terancam.

Bagaimanapun, pemohon ti­dak layak untuk dilindungi jika dia telah melakukan jenayah pe­rang, kemanusiaan atau bukan politik yang serius sebelum memasuki Australia.