NOOR NEELOFA MOHD. NOR

Tabung Haji menjelaskan, pemberian visa haji adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi yang diuruskan melalui kedutaan ­negara tersebut.

Menurut Tabung Haji, pemberian visa haji secara langsung kepada mana-mana pihak adalah bergantung pada budi bicara kedutaan Arab Saudi.

“Tabung Haji sentiasa meng­amalkan sistem pendaftaran terbuka yang telus dan tiada pilih kasih dalam penentuan giliran.

“Proses penentuan tarikh bagi seseorang jemaah haji negara adalah tertakluk kepada kriteria tertentu yang telah ditetapkan,” kata Ta­bung Haji dalam kenya­taan di sini hari ini.

Pelakon Noor Neelofa Mohd. Nor, 27, berlepas dari La­pangan Terbang An­tarabangsa Kuala Lum­pur (KLIA) untuk menunaikan iba­dah haji di Mekah semalam.

Media baru-baru ini melaporkan artis Neelofa dijadualkan berlepas ke Mekah bersama ibu bapanya semalam selepas sebulan mendaftar untuk menunaikan ibadah haji.

Tabung Haji juga berharap isu tersebut tidak disensasikan kerana panggilan ke Tanah Suci Mekah adalah mengikut daya usaha seseorang serta ketentuan Allah SWT.