Video oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

Qari terkemuka negara, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, ini kerana Surah Yasin yang dianggap oleh ulama sebagai jantung al-Quran adalah surah yang banyak menyentuh mengenai hati manusia.

“Surah Yasin adalah surah yang berkait rapat dengan hati manusia. Dijelaskan dalam ini mengenai ciri-ciri manusia berhati bersih, begitu juga hati yang mati serta cara untuk membentuk hati,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Breakfast Talk World #Quranhour di sini, hari ini.