Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Warga Kuala Lumpur berkayuh sambil sumbang kepada pertubuhan kebajikan kanak-kanak

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  dan Tuanku Hajjah Lailatul
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama wakil badan korporat yang memberi sumbangan kepada pertubuhan kebajikan kanak-kanak sempena program Ayuh Kayuh di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Program kayuhan Ayuh kayuh bersama DYTM Raja Muda Perlis bersempena hari tanpa kenderaan di Dataran Merdeka di sini hari ini mendapat sambutan luar biasa.

Program anjuran Smart Reader Worldwide Sdn Bhd itu juga memeriahkan lagi program kayuhan yang diadakan berkala pada Ahad minggu pertama serta minggu terakhir setiap bulan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan tanpa enjin khususnya basikal untuk melakukan aktiviti harian.

Hasil yuran penyertaan lebih 1,000 orang ramai  dan sumbangan badan-badan korporat hari ini berjumlah RM60,000 disampaikan kepada pertubuhan kebajikan kanak-kanak.

Penaung Persatuan Profesional Kebajikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (APECP), Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah berkenan menerima sumbangan daripada DRB-HICOM yang diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R Albar, Petronas Dagangan Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus dan Perbadanan Nasional Berhad diwakili oleh Ketua Bahagian Harta, Fauzi Awang.

Pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide, Datuk Seri Richard Ong mempersembahkan sumbangan orang ramai yang menyertai kayuhan pagi ini kepada Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan bersama orang ramai mengambil bahagian pada program kayuhan yang bermula pada kira-kira pukul 7 pagi itu.

Selain itu aktiviti seperti zumba dan pertandingan mewarna turut diadakan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain