Video oleh AZMAN AHMAD

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementeriannya sentiasa menyokong usaha Kumpulan Utusan untuk mempertahankan akhbar jawi terutamanya menerusi Utusan Melayu.

“Di Kementerian Pendidikan kami menyokong untuk membantu pelajar-pelajar mengembalikan tulisan jawi, kami berharap mereka sekurang-kurangnya bo­leh menulis jawi.

“Selain itu, pelbagai pihak lain boleh memainkan peranan sama termasuk golongan ibu bapa ke­rana sudah ada platform digital untuk dimanfaatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan cetakan khas akhbar jawi Utusan Melayu untuk Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sebanyak 5,000 naskhah akhbar berkenaan diedarkan secara percuma hari ini kepada orang ramai selepas solat Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pe­ngarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengurus Jabatan Pengarang, Ainol Amriz Ismail.