Mereka menggelarkan diri sebagai `skuad lipan bara', telah membuktikan keupayaan membantu jemaah haji yang tersasar dari kumpulan untuk kembali ke laluan betul terutama apabila selesai ibadah atau umrah wajib ke maktab penginapan sekitar Mekah ini.

Video oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

Ketua Unit Peronda 1438 Hijrah, Wan Shamshol Husin berkata, antara tugas utama pasukan ini adalah untuk menunjukkan arah kepada jemaah haji sama ada bagi tujuan balik ke maktab penginapan mahupun untuk melakukan ibadah dalam Masjidilharam ini.

"Anggota peronda ditempatkan di lapan lokasi dalam Masjidilharam dan kami mudah dilihat oleh jemaah haji dengan pemakaian baju T berwarna merah," katanya kepada wartawan Malaysia di Wisma Tabung Haji Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Menurut Wan Shamshol, unit peronda ini terdiri daripada anggota Polis Bantuan Tabung Haji, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat). - UTUSAN ONLINE