Pengurus Kanan Operasi UKSB, Azlan Abdul Aziz berkata, selain buku-buku UKSB, turut dipasarkan buku terbitan UP&D, sisipan Utusan Pelajar dan akhbar dalam darjah Tutor.

“Selain itu kami juga akan menambah kepelbagaian buku menerusi kerjasama dengan Unique Inspiration Limited dan Penguin Books Malaysia untuk buku-buku bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Jalinan Mesra UKSB bersama Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) dan Majlis Guru Besar (MGB) negeri Selangor di Dewan Besar UKSB di sini hari ini.

Azlan berkata, bagi memudahkan PSS di luar bandar membuat tempahan, pihaknya telah memperkenalkan kaedah tempahan menerusi dalam talian di www.bukupss.com.

Katanya, warga pendidik pula boleh membuat pembelian peribadi melalui laman web www.kedaiguru.com.

Beliau menambah, kedua-dua laman web tersebut akan dilancarkan pada 15 Mei ini sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan 2017 di Plaza Angsana, Johor Bahru.

“Kedua-dua inisiatif ini sebagai menyahut gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempermudahkan urusan perniagaan termasuk memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat,” katanya. - UTUSAN ONLINE


Video oleh NUR AZREEN ARIFIN