Video oleh NUR AISYAH MAZALAN

Kenderaan dinaiki beliau dilihat memasuki pekarangan istana pada pukul 3.57 petang.

Mengiringi beliau, Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Pertemuan itu menarik perhatian ramai pihak ekoran peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong baru-baru ini.

Namun menurut Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Endie Shazlie Akbar, pertemuan itu bukan disebabkan soal pemilihan Yang Dipertuan Agong baharu.

Tambahnya, pertemuan itu juga adalah atas jemputan tertutup pihak Istana Johor yang ditunda sejak kira-kira dua minggu lalu.

Pertemuan antara Sultan Ibrahim dengan Dr. Mahathir merupakan perjumpaan pertama kedua-dua pihak setelah beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lalu. - UTUSAN ONLINE