Malaysia merupakan negara penganjur dialog tersebut yang diadakan sempena 40 tahun perhubungan rantau ini dengan negara itu dan juga ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN.



“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Najib (Tun Razak) atas kecemerlangan penganjuran maj­lis dialog ini dan saya sa­ngat menghargainya. Anda menyelaraskannya dengan baik de­ngan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam ucapan alu-aluan sempena dialog tertutup tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Fi­lipina di sini yang dipengerusikan oleh Presiden Filipina Rodrigo Dutarte.

Menurut Kementerian Luar, fokus dialog tersebut antara lain akan membincangkan mengenai kejayaan hubungan 40 tahun kedua-dua rantau, isu-isu berbangkit seperti pertikaian Laut China Selatan, keganasan, ekonomi digital dan rancangan masa depan. – UTUSAN