Video oleh SYEFRY MONIZ

Ia merupakan MRSM kesembilan di Perak  selain di Taiping, Gerik, Lenggong, Pasir Salak, Pengkalan Hulu, Parit, Kuala Kangsar dan Trolak.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, MRSM tersebut merupakan MRSM yang menjalankan sistem pendidikan Ulul Albab yang pertama di Perak dan yang ketujuh di negara ini.

Menurutnya, ia selepas MRSM Gemencheh di Negeri Sembilan, MRSM Sungai Besar, MRSM Kepala Batas, MRSM Semporna di Sabah,  MRSM Kota Putra di Terengganu dan MRSM di Ketereh, Kelantan. 

"Program Ulul Albab diperkenalkan dalam sistem pendidikan MRSM bagi melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan menghadapi dunia globalisasi yang serba mencabar.

"Program ini akan melahirkan generasi Ulul Albab yang berkebolehan menghafaz  30 juzuk al-Quran serta memahami tuntutannya," katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE