Lebih menarik apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melelong lima ekor ikan dengan berat lebih 15 kilogram pada harga kurang RM200.

Acara lelongan itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri di gerai Jualan Ikan Harga Runtuh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (PNK) Hilir Perak yang menyertai program tersebut.

Ahmad Zahid melelong ikan kayu, senangin, tenggiri dan merah pada harga antara RM7.50 dan RM70 dengan jualan keseluruhan berjumlah RM172.50.

Harga tersebut jauh lebih murah berbanding harga asal ikan berkenaan antara RM30 hingga RM203 seekor. - UTUSAN ONLINE