Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Tingkatkan KDNK agromakanan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderahati daripada Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (kiri) di Majlis Gelombang Tani Nasional 2017 di Degong, Teluk Intan hari ini. - UTUSAN ONLINE/Kamal Basir Wahab

TELUK INTAN 15 April - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani disaran meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor agromakanan daripada 3.3 peratus kepada 5 peratus sebelum berakhir Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara masih mengimport bahan makanan dengan nilai besar setiap tahun.

“Nilai import bahan makanan adalah berjumlah RM46.8 billion berbanding eksport RM30.2 billion. Ini bermakna negara mengimport bahan makanan melebihi eksport sebanyak RM16.6 billion lantas pasaran dalam negara masih luas untuk diterokai oleh keluaran pertanian tempatan.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Gelombang Tani Nasional 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Anthony Nogeh Gumbek; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.

Menurut Ahmad Zahid, pasaran perdagangan di peringkat antarabangsa menjadi lebih terbuka berikutan kerajaan sering menjalinkan banyak perjanjian perdagangan bebas di luar negara yang memberi peluang kepada Malaysia untuk menjual hasil pertanian ke negara-negara luar.

“Apabila peluang dan jalan telah dirintis oleh kerajaan, para petani perlu bersedia untuk bersaing dan meningkatkan daya tahan bermula dari aspek pengeluaran hinggalah pemasaran, kita haruslah bijak merebut peluang sama ada pasaran tempatan atau pasaran luar negara,” ujarnya.

Sementara itu, Tajuddin yakin kementeriannya mampu meningkatkan KDNK agromakanan dengan pelaksanaan beberapa strategi baharu tidak lama lagi.

Katanya, beberapa jelapang padi baharu akan dibuka tidak lama lagi bagi meningkat sektor pengeluaran padi ketika ini.

“Kita akan buka jelapang padi baharu, antaranya di Pekan dan Rompin di Pahang; Kota Belud, Sabah dan Batang Lupar, Sarawak.


“Saya berhasrat meningkat pengeluaran padi ketika ini iaitu 2.6 juta metrik tan ( RM1,200 per metrik tan) kepada 3.6 juta metrik tan pada masa akan datang,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain