Tiga persatuan yang menandatangani persefahaman bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) itu adalah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Malaysian Association of Hotel Owners (MAHO)dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA). 


Aku janji berkenaan membabitkan kira-kira lebih 3,000 hotel di seluruh negara yang bernaung di bawa tiga persatuan terbabit.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, pemantauan berterusan akan tetap dijalankan terhadap sektor perhotelan bagi memastikan pematuhan aku janji berkenaan.


“Melalui aku janji ini, diharapkan hotel yang terlibat akan mematuhi kepada segala yang telah dipersetujui dan isu larangan bertudung ini tidak akan timbul.


“Ini kerana kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang isu yang melibatkan diskriminasi kepada pekerja,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani aku janji berkenaan oleh tiga persatuan hotel terbabit di sini hari.


Wakil-wakil persatuan itu adalah Presiden MAH, Cheah Swee Hee; Pengarah Eksekutif MAHO, Shaharuddin M. Said dan Ahli Majlis MYBHA, Mohamed Zamri Mohamed Rashid. - UTUSAN ONLINE