Menurut Timbalan Perdana Menteri, sememangnya kadar residivis iaitu kesalahan berulang banduan dapat diturunkan di negara ini di bawah kadar sembilan peratus namun usaha itu perlu dipertingkatkan lagi.

"Di sinilah Yayasan Koreksional Malaysia boleh mainkan peranan dalam memastikan latihan kemahiran yang bersesuaian serta boleh menjadi asas kepada laluan kerjaya selepas penghuni dibebaskan.

"Pegawai penjara perlu dilibatkan dengan lebih aktif dalam latihan  disediakan oleh yayasan mereka yang merupakan tenaga pembimbing sesuai memandangkan mereka inilah yang sentiasa bersama-sama penghuni (penjara)," katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika berucap dalam sambutan Hari Penjara ke-227 dan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2017 di Penjara Simpang Renggam, dekat sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohmed dan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Ahmad Zahid berkata, memang benar apabila penghuni penjara dibebaskan, mereka bukan lagi tanggungjawab jabatan tersebut namun seharusnya amanah membetulkan mereka semasa dalam penjara dilaksanakan dengan sebaiknya dan berkesan.

"Tanggungjawab kita ialah menyedarkan mereka supaya tidak mengulangi kesilapan silam.

"Sebenarnya mereka ini amat bergantung harapan kepada kita semua untuk bangkit kembali sebagai insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara," katanya. - UTUSAN  ONLINE