Kunjungan yang diadakan di kediaman Allahyarham di Kampung Ketil itu diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani.


Ashraf Wajdi berkata, pihaknya berharap keluarga Allahyarham menerima takdir Allah ini dengan tenang kerana kematian di Tanah Suci menjadi cita-cita umat Islam.


“Tiada ada tempat dan masa yang terbaik melainkan meninggal dunia di Mekah serta dalam suasana haji.


“Kita mendoakan arwah kembali kepada pencipta dalam keadaan paling terbaik dan ditempat oleh Allah dalam kalangan orang-orang yang beriman,”katanya di sini hari ini
.

Sempena kunjungan berkenaan, Tabung Haji telah menyampaikan sumbangan Takaful Khairat Kematian, air zam-zam dan kurma kepada keluarga Allahyarham.


Dalam kunjungan berkenaan, Ashraf Wajdi sempat meluangkan masa mengetuai majlis tahlil dan bacaan doa untuk Allahyarham.


Sementara itu, Isteri Allahyarham, Ramlah Harun, 50, meluahkan rasa syukur dan terima kasih di atas kunjungan dan sumbangan daripada pihak TH.


“Saya reda dengan pemergian Allahyarham dan jika ada rezeki untuk mengerjakan haji nanti, saya akan melawat kuburnya di Tanah Perkuburan Syarai’e Mekah,” katanya mempunyai lapan anak berusia tiga tahun hingga 23 tahun. - UTUSAN ONLINE