Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Mas Ermiyati; dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pameran yang diadakan bersempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke XV itu bertujuan memperkenalkan Sultan Muhammad V kepada rakyat jelata.

Selain itu, pameran itu juga bertujuan memaparkan kepentingan institusi beraja sebagai tonggak kepada kedaulatan dan keharmonian negara.

Antara bahan pameran termasuk peralatan kebesaran diraja dan memoribilia peribadi milik Sultan Muhammad V.

Pada pameran itu pengunjung boleh mendapatkan penerangan menerusi kiosk skrin sentuh dan pameran realiti maya yang memaparkan keadaan Istana Negara lama.


Video oleh AZRUL NAIMI ABDUL JALIL

Muzium Diraja di Jalan Istana di sini mula dibuka sejak 2013, setelah Istana Negara baharu di Jalan Duta siap sepenuhnya.

Pameran ini dibuka kepada orang ramai mulai hari ini hingga 4 September 2017, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Masuk percuma. - UTUSAN ONLINE